? ??????????????Punk Skulls (Animated)? ????? ?? ???Rating: 4.9 (48 Ratings)??134 Grabs Today. 22128 Total
Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????5?? ?????????????????????????????????The Best Thing? ????? ?? ???Rating: 4.9 (27 Ratings)??131 Grabs Today. 25067 Total Grabs. ????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday 29 June 2009

friend's


salam......
Ketahuilah bahawa…
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.
Setiap kali selepas solat, ada sepotong doa yang biasa dibaca yang bermaksud
“Ya Allah, hidupkanlah aku/kami di dalam iman dan matikanlah aku/kami di dalam iman dan masukkanlah aku/kami ke Jannah bersama iman.”

Iman adalah penting. Pengeritan iman yang telah sedia kita ketahui adalah mempercayai kewujudan Allah yang Esa, kewujudan para malaikat sebagai para pegawai yang melaksanakan sistem tuhan, kewujudan kitab-kitab yang terdiri daripada firman-firman pencipta, kewujudan para Rasul sebagai utusan dan ketua manusia yang memberi peringatan dan amaran, juga mempercayai kewujudan Hari Kiamat, hari segala-galanya akan berakhir.

Namun, yang paling tidak dapat diterima ‘tanpa disedari’ oleh kebanyakkan orang adalah beriman dengan Qadak dan Qadar atau takdir.

Sebagai seorang Islam bergelar Muslim, kita harus memajukan diri kita menjadi seorang Mukmin. Perkataan Mukmin bermaksud orang yang beriman. Untuk menjadi seorang yang beriman, prinsip yang paling asas adalah mempercayai kesemua rukun iman yang di atas. Seterusnya mengikut garis panduan pada surah Al-Mukminun.

BERIMAN DENGAN TAKDIR
Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan. Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 9, “Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”

Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.

Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.

Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.

AMAL DAN TAKDIR Amat penting untuk kita faham, hidup ini adalah untuk beramal bukan menentukan takdir. Kita akan dihidupkan semula dan disoal tentang amalan bukan apa yang pernah kita “capai”. Kita akan ditanya tentang “what did you do ? ” bukannya ” so… what’s the outcome? “.

Di dalam ayat 154 surah Ali Imran diceritakan pada zaman Nabi s.a.w ada sesetengah orang tidak mahu ikut berperang dengan alasan takut mati, lalu Allah s.w.t berfirman
“Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing. Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. ”

Jelas sekali, manusia bebas beramal. Namun “final result” adalah hak Allah s.w.t.
Jadi tak perlu susah-susah, Ali r.a. berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Beramallah, setiap orang akan `dipermudahkan` seperti apa yang telah ditentukan.” Lalu beliau s.a.w membaca ayat 5-10 surah Al-Lail.

* Orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), * Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik * Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya “kemudahan” untuk mendapat kesenangan (Syurga).

* Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya * Serta ia mendustakan perkara yang baik * Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya “kemudahan” untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;
{Riwayat Bukhari}

BUKAN USAHA TETAPI DOASebuah hadith daripada Salman r.a., bahawa Nabi s.a.w telah bersabda “Tidak boleh diubah takdir kecuali doa, dan tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik. ” {Riwayat Tirmizi, hassan gharib}

Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’ad ayat 39, Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. (Ingatlah) pada sisiNya ada Ummu al-Kitab.
Firman Allah lagi di dalam surah Mukmin ayat 60, Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

Abu Hurairah r.a juga melaporkan bahawa, “Nabi s.a.w selalu memohon perlindungan dari suratan takdir yang buruk, dari ditimpa kecelakaan, dari keghairahan musuh dan dari terkena bala.” {Riwayat Muslim}

Doa sahaja yang dapat mengubah takdir, bukan usaha.
ANTARA PUTUS ASA DAN BERSERAH KEPADA TAKDIRMempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.
Semasa peperangan di Thaif, umat Islam telah mengepung kota Thaif. Ibnu Ishaq meriwayatkan Thaif telah dikepung selama 17 malam dan diserang dengan manjanik (senjata pelontar batu). Umat Islam terus menyerang dan menyerang namun tetap gagal. Lalu Nabi s.a.w bertindak untuk mengundur sahaja.

Abdullah bin Amru r.a melaporkan bahawa, Rasulullah s.a.w telah mengepung penduduk Thaif tetapi tidak mendapat apa-apa hasil dari pengepungannya tersebut. Seterusnya baginda bersabda: Insya Allah kita akan kembali ke Madinah. Para sahabat membantah: Mengapa kita harus kembali? Kita belum dapat menaklukinya. Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka: Pergilah kamu berperang. Mereka pun mencubanya sehingga mereka mendapat kecederaan. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Besok kita akan kembali. Para sahabat hairan dengan sabda baginda. Sementara itu Rasulullah s.a.w hanya tersenyum. {Riwayat Muslim}

Itu adalah contoh perbezaan antara putus asa dan menerima ketentuanNya. Adakah nabi s.a.w berputus asa ? Atau beliau tunduk dengan takdir ?

KESIMPULANNYAPerbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.
Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman.

Saturday 27 June 2009

june...





















hye..lama x nulis kt blo ni....mcm xde mood plak nk wt karangan.hehehe..da 3 hari berlalu....my bday.....25.06.2009.best kan...tp mcm rs takut plak...mengenangkan diri ini yg dah separuh abad.....xkawen2....mak....tulung aku...hahahha...aku berterimakasih kat kwn2 yg sudi wish aku mlm tu....sampai subuh pon ada yg wish....tp tidak lagi dr org yg tersyang...hahhaha..dah xder..kuikuikui....












esoknya ke skul....aku diberi hadiah oleh ank2 murid ku...terharu sgt...n kelas permata hati...hehheh..bengong! punya razali n azmi....hahahha...masuk kelas jer dierang da nyanyikan lagu bday kt aku....terharu beb....selamat ulang tahun sayang.....












esok tu..aku bw la puding jagung yg aku buat sendiri mlm tu ke sekolah....untuk jamu cikgu2..hehehhe...abes aku pagi tu..kene pasal xkawen lagi....ada yg kutuk aku memilih...benci tul statement tu.......huh...ni la nasib kawen lambat.hahahha....(ketawa je...sbenarnya risau)










esok tu juga aku mengabiskan masa dengan tepon kkengkawan..pasal free kan..hahaha...sampai kul 12.01 mlm..heheheh..last skali aku tepon kwn aku yg bersuara sedap...en otaikot...best tul sore dia...mcm cute2 gtu...ble ckp cmtu...dia mesti malu..hahhah..hmm...bestkan....klu dpt mengenalinya lebey2..hehehhe...xder maknenya....










aji msg lmbt...hahahha...tpxpe la...mlm sebelum tu..kengkawan from my old offfice dtg muo....termasuklah aji...tu pon aku da cukup berterima kasih.walaupon dierang xtau bday aku ble....hehhehe..xde pe nk tulis g la...mcm poyo laks tulis blog ni sebenarnya...heheheh.adios



































Sunday 21 June 2009

Tip Penjagaan Kulit Daripada Al-Quran

Secara amnya kulit manusia terdiri daripada lapisan epidermis dan lapisan dermis. Lapisan epidermis adalah lapisan yang tidak mempunyai saluran darah dan bergantung kepada bekalan darah daripada lapisan dermis.

Di dalam lapisan dermis kulit manusia, Allah telah menciptakan kelenjar-kelenjar yang dikenali sebagai kelenjar sebum. Kelenjar ini menghasilkan lemak dari semasa ke semasa. Menurut pada saintis, tujuan penghasilan lemak-lemak ini adalah untuk melindungi kulit dan rambut daripada menyerap air. Ia juga mengelakkan kulit dan rambut menjadi kering, berkedut atau merekah.

Hebat sungguh ciptaan Allah.
Sel-sel kulit manusia yang mati pula akan ditolak keluar ke lapisan epidermis, seterusnya tubuh badan akan menghasilkan sel baru. Proses ini berlaku sepanjang masa. Boleh dikatakan setiap detik, ada sahaja sel kulit yang mati di atas kulit manusia.


Sel-sel mati ini kemudiannya akan terkumpul bersama-sama lemak-lemak sebum, bakteria dan habuk di atas permukaan kulit. Permukaan kulit akan menjadi kotor. Bakteria-bakteria kemudiannya akan bertindak balas dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Inilah yang berlaku pada kulit manusia setiap hari.


Jika tidak bersihkan, ia akan mengakibatkan jangkitan kepada kulit seperti jerawat, jeragak, kanser dan sebagainya. Di bahagian muka manusia sahaja, para saintis telah menganggarkan terdapat 500 juta bakteria pada setiap inci persegi. [1]


Di dalam surah Al-Maaidah ayat 6, Allah telah berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib;”


Ayat ini merupakan perintah daripada Allah supaya orang-orang Islam berwuduk sebelum menunaikan solat. Wuduk perlu dilakukan dengan air suci. Anggota-anggota badan yang wajib dibersihkan adalah muka, tangan, kepala dan kaki.


Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya, “Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya.”


Kemudian Sayidina Othman r.a berkata, “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda, “Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” [2]


Di antara anggota badan yang sunat dibersihkan pula adalah telinga. Ini berdasarkan sebuah hadith riwayat Ibnu Abbas berkata, “Rasulullah s.a.w. menyapu kepalanya dengan air dan kedua telinganya iaitu bahagian luar dan dalam.”[3]


Membersihkan anggota badan melebih kawasan wuduk juga dianggap sunat. Abu Hurairah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. berkata, “Kamu merupakan orang yang bercahaya muka, tangan dan kakinya pada Hari Kiamat kerana kamu telah menyempurnakan wuduk dengan baik. Maka sesiapa di antara kamu yang mampu melebihkan had basuhan pada muka, tangan dan kakinya hendaklah dia berbuat demikian.”[4]


Di dalam Al-Umm, Imam As-Syafie menyatakan bahawa beliau lebih suka sekiranya seseorang itu berwuduk mukanya, tangannya dan kakinya tiga kali-tiga kali serta menyapu kepala tiga kali dan meratakan sapuan itu keseluruhan kepala. [5]


Kesemua “proses pembersihan kulit” ini dilakukan setiap kali sebelum solat lima waktu. Sekiranya setiap langkah diulangi sebanyak tiga kali, seseorang akan membasuh anggota wuduknya sebanyak 15 kali sehari. Sekiranya ditambah dengan solat sunat dhuha dan solat sunat witir, bilangan basuhan menjadi 21 kali.


Selain itu, seseorang juga disunatkan agar menggosok-gosok tempat wuduk. Ini adalah berdasarkan sebuah hadith riwayat Abdullah Bin Zaid r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. berwuduk lalu beliau berkata, “beginilah.” Lalu beliau mengosok-gosok anggota wuduknya. [6]


Menggosok adalah mengenakan sedikit tekanan pada anggota wuduk. Aktiviti menekan dan menggosok ini seterusnya akan meransang beberapa titik refleksologi yang dikenali sebagai “Biologically Active Spots”, yang terdapat pada anggota-anggota wuduk. Tekanan-tekanan pada titik istimewa ini seterusnya akan merangsang saraf dan memberi tenaga serta kesegaran baru kepada angota-angota badan yang lain seperti, usus, perut, pundi kencing, sistem peranakan dan lain-lain. [7]


Justeru, kita harus mempelajari tatacara wuduk yang betul. Wuduk yang betul bukan sahaja menjamin kebersihan, malah ia menjaga kesihatan. Dari segi rohani, wuduk yang betul membersihkan dosa. Di dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w. telah menceritakan bahawa ketika seorang muslim membasuh setiap anggota wuduk, kesalahan-kesalahan akan keluar bersama-sama dengan air basuhan tersebut. [8]


Untuk mempelajari teknik wuduk yang betul, saudara dijemput untuk meneliti laman web berikut :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Wudukhttp://cybermosque.mpsj.gov.my/cara_wuduk.html
Wuduk, ternyata merupakan penjagaan kecantikkan luar dan dalam, zahir dan batin untuk lelaki dan wanita!
Wallahu’alam.

Saturday 20 June 2009

happy fathers day...

hye....mlm ini malam la minggu...hheheh...hmmm...mlm ni kami adik beradik telah sepakat tuk celebrate fathers day....hmmm....wt kt umh angah.....seme ada.....kami makan-makan...minum2....tp xselera plak nk mkn...mcm hati ni xsedap la...xtau kurang pe....gula ker....garam ker....ntah la...heheheh...aku xdpt beri abah hadiah..sbb xsempat nk beli...hanya mampu mendoakan kesejahteraan abah...semoga menjadi mukmin solihin...dan mendapat syafaat baik di dunia mahupun di akhirat,...thanx abah!..

Henry James once defined life as that predicament which precedes death, and certainly nobody owes you a debt of honor or gratitude for getting him into that predicament. But a child does owe his father a debt, if Dad, having gotten him into this peck of trouble, takes off his coat and buckles down to the job of showing his son how best to crash through it.
~ Clarence Budington Kelland


A father is always making his baby into a little woman. And when she is a woman he turns her back again. ~ Enid Bagnold


It is not flesh and blood but the heart which makes us fathers and sons.
~ Johann Schiller

A father carries pictures where his money used to be.
~ Author Unknown

Blessed indeed is the man who hears many gentle voices call him father!
~ Lydia M. Child, Philothea: A Romance, 1836


When I was a boy of fourteen, my father was so ignorant I could hardly stand to have the old man around. But when I got to be twenty-one, I was astonished at how much he had learned in seven years.
~ Mark Twain, "Old Times on the Mississippi" Atlantic Monthly, 1874

Friday 19 June 2009

klako...keciknye dunia


hye...jmpe g....arini cm biasa...ari jumaat penuh barakah...alhamdulillah....online cm biasa..heheh...ptg td aku online......chat ngan atul....huhuhu.chat punya chat dia sebok tanya aku da kawen ke lom/......hahahha..

aku jwb la......dahh...semlm....hehehheh...marah tul dia...da cte2 psl kengkawan yg da kawen...dia tanya aku keje mane..hehehaku pon cte la satu persatu.......alih-alih....jengjengjeng...

dia tanya aku da ada ke lom....dia nk kenenkan ngan kwn dia...hahhahaaku pon ckp la...xkesah.....sesiapa sj akn ku kahwini..kecuali peragut,..perompak..dan etc...hahahhahahh

atul pon tanya la aku nama penuh...aku memainkan jer...hahaha....paastu dia kt...nama ape...cpt la...bdk tu tanya..hahaha..aku pon dgn xpk ada ape2 maksud beri la....hahahah

pastu aku tergerak hati nk tanya atul bddk mana..atul jwb bdk kesang...heheh dia kt bdknya baik...hahhahaha..then atul kt dia tgh sambung master..hahahhaha...bdk highschool..


ha?.................................apperrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...nnt dulu,,..........................jgn btau..........................hahahahhaha
nama nya ape????? atul kt namanya.......z.....kwang2kwang2........

buzz....kantoi ek....hahhahahahah aku di buzz oleh z...hahahhahha klaka btul..upe2nya dak atul nk kenenkan aku ngan kwn dia...yg juga kwn aku...hahahahhahahahahh smpi kol 6 aku xbenti ketawa....smpi mak aku kt aku gler...dok ketawa sengsoraang..hahahah

keciknyaaaaaaaaaaaaaaaaa dunia

Saturday 13 June 2009

rindu alam..




hmmmmmm.....lama gak x nulis kt blog ni...xder ape yg menarik utk dicatat .....arini..pagi2 aku da p jogging...bangun solat subuh p jogging di tanjung emas menaiki scooter...hahha...seronoknyerrrrrrrrrrrrr...tp berlari alone!lalalalala.....lari punya lari...aku pun naik pula scooter ..hajat dihati nk tgk matahari yang masih kelihatan tuh...aku pon duduk la mengejamkan mata....release!!!!!!




tp tatkala aku membuka mata...hati aku sayup jer melihat sinaran matahari tu......dengan sungai yang terbentang luas...pantulan cahaya yang kelihatan di dasar air...sungguh memukau! ya Allah...besarnya kekuasaan Mu....




tibe2 air mata aku mengalir....sedih sangt....melihat kebesaranMu...Ya Allah...aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghhh.......tetbe gak...aku nmpak ada sebuah bot nelayan bergerak laju..melanggar pantulan cahay matahari di dasar air....kurasakan ada pergerakan air menuju padaku.......cantiknya..............aku seolah2 rindu akan alam ciptaanMu ini....




Wednesday 10 June 2009

andai kutahu hari terakhirku...

hmmm....mlm2 ni best ckit berjiwang2 hahaha...xder maknenya la.....tp mlm ni aku terasa sgt diri ini terlalu kerdil.....byknya dosa aku.....Ya Allah...beri lah daku keampunan ...hati aku bgitu sayu skali ble dengar lagu ni.....

Taubat Seorang Hamba
Album : Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidunhttp://liriknasyid.com

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,Terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerna hilang dari jalan
menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini
ku meminta..
moga taubatku diterima...
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini.....

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

Ya Allahhhhhhhh....ampunilah dosa hambaMu ini...amin amin yarabbalalamin...aku rs sayu sgt mlm ni...lagu ni aku ulang2 jer sambil menaip minit mesyuarat....hmmmmmmmmm.....jauh dah perjalanan hidup aku ni...tp aku xpernah berpuas hati dengan kehidupan aku ni....ada jer yg aku minta ...tp permintaan tuhan selalu aku alpa....hmmmm..tibe2 teringat amanat rasulullah...yg mana umatnya hanya akan hidup 1500 tahun sahaja di dunia yang fana ini.....ya Allah...............dalam masa 60 tahun sahaja lagi yang tinggal........terima la taubatku ini !!!itupun jika diizinkan untuk menongkat dunia lagi....tp jika aku kembali padaMu pada usia yang hampir ini...aku redha Ya Allah.....tp berilah aku ruang untuk kembali mengabdikan diri untuk mu ......


Andai ku tahu ini hari terakhirku ...
tentu siangnya aku sibuk berzikir
tentu aku tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA
Tuhan yang satu ........
andai ku tahu ini hari terakhir...
tentu solat ku kerjakan di awal waktu..
solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil...
menangisi kecurangan janji"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini hari terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan..

Duhai Ilahi....
andai ini hari terakhir buat kami
jadikanlah ia hari paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati
kami menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu
Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti


-n-

Tuesday 9 June 2009

jodoh!


hye...mlm2 ni teringat kat kenangan2 lama...perghhhhhhhhhhhhh....

sudah la...biarkan ia pergi...jauhhhhhhhhhhhhhhh2.....



Tidak,Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.Hanya belum sampai masanya. Iabagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannyajauhlah perjalanan kita. Ada orgjodohnya cepat sebab jambatannyasingkat. Usia 25 tahun rasanya belumlahterlalu lewat. Dan usia 35 tahunbelum apa2 kalau sepanjang usia itutelah digunakan untuk membinakecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dankeinginan anda itu dalam doa2lewat sembahyang. Allah mendengar.



Wanita baik untuk lelaki yang baik,sebaliknya wanita jahat untuk lelakiyang jahat. Biar lambat jodoh asalkanmendapat Mr Right dan biar seorangdiri drpd menjadi mangsa lelaki yangtidak beriman kemudian nanti.Memang kita mudah tersilap mentafsirkehidupan ini. Kita selalu sangka,aku pasti bahagia kalau mendapat ini.


Hakikatnya, apabila kita benar2mendapat apa yang kita inginkan itu, iajuga dtg bersama masalah.Kita selalu melihat org memandu keretamewah dan terdetiklah di hati kita,bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.Tidak mustahil pula org yang memandukereta mewah(walaupun sebenarnya takmewah) terpaksa membayar lebihtatkala berhenti untuk membeli durianditepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksamembayar berlipat ganda.


Ketika anda terperangkap dalamkesesakanjalan raya, motosikalmencelah-celah hingga mampu berada jauhdi hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanyamenunggang sebuah motosikal seperti itudan cepat sampai ke tempat yang dituju.Padahal si penunggang motosikalmungkin sedang memikirkan bilakah diaakan memandu kereta di tgh2 bandarraya.Bukan semua yang anda sangkamembahagiakan itu benar2 membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanyajuga datang sama. Semua benda, pastiada baik buruknya.


Demikian juga perkahwinan. Ia baiksebabia dibenarkan oleh agama, sunnahNabi, sebagai saluran yang betul untukmelepaskan shahwat di sampingmembina sahsiah dan sebagainya, tapi iajuga buruk sebab ramai org yangberkahwin hidupnya semakin tidakterurus.Ramai orang menempah neraka sebaiksahaja melangkahkan kaki ke alamberumahtangga. Bukankah dengan ijab danKabul selain menghalalkan hubungankelamin, tanggungjawab yang terpaksadipikul juga turut banyak? Bukankahapabila anda gagal melaksanakannya,andamembina dosa seterusnya jambatanke neraka?Berapa ramaikah yang menyesaliperkahwinan masing2 padahal dahulunyamereka bermati-matian membina janji,memupuk cinta kasih malah ada yangsanggup berkorban apa sahaja asalkansegala impian menjadi nyata?



Jika tidak sanggup untuk bergelaristeritidak usah berkahwin dulu. Jikamerasakan diri belum cukup ilmu untukbergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belumbersedia untuk bersabar dgn kerenahanak2, carilah dulu kesabaran itu.Jangan berkahwin dahulu sebabkenyataannya ramai yang tidak bersediauntuk melangkah tetapi telahmelompat, akhirnya jatuh terjerumus dantidak jumpa akar berpaut tatkalacuba mendaki naik.



Berkahwin itu indah dan nikmat bagiyangbenar2 mengerti tuntutan2nya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidakputus2 bagi yang menjadikannyagelanggang untuk mengukuhkan iman,mencintai Tuhan dan menjadikan syurgasebagai matlamat. Berkahwin itusempadandari ketidaksempurnaan insankepada kesempurnaan insan - bagi yangmengetahui rahsia2nya.Berkahwinlah anda demi Tuhan danNabi-Nya, bukan berkahwin keranaperasaandan mengikut kebiasaan.



Jodoh usahterlalu dirisaukan, tiba masanya iaakan datang menjemput, namun perlu jugaanda membuka lorong2nya agarjemputan itu mudah sampai dan tidakterhalang. "Seorang teman pernah berpesan.."Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak bg kita pelangi…

Sunday 7 June 2009

donut chocolate...


yummyyyyyyyyyyyyyyyyyy....coti2 skul nie.....xder pe..nk buat..so...i amek keputusan utk membuat makanan..hehe..tekak teringin nk mkn donut chocolate...lgpun ank2 buah ramai ada nih..so.aku amik kptsan utk p ke kedai kek.membeli bahan2 wat donut chocolate..heheheh...yg bestnyer...ank buah aku yg p amekkan chocolate masak...ms time nk bayar...aku bole lupe plak..ahaks...ni adalah gambo yang aku smpt amek......excited tul nk masukkan dlm blog...ciknora dondae..huhuh....aku tepon kakak2 aku utk balik ke umh mak...mkn donut....dierang pe lagi....balik keje seme singgah....seronok....tgk bdk2 tu mkn donut.....hehehehhe...yg comot tu...si kuam.....komain lagi dia makan...keesokkan harinya aku nk wat kek....dapat 2 adun....adunan pertama ...jadik la....lembut giler...adunan ke dua tetiba mak aku panggil....dia kata bape minit masak kek....aku ckp la mmcm adunan pertama tadik......sekali tu aku kuarkan....hahahahha.....eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.......kek jatuh hahahhha....pelik...reramai pk kenapa...sekalitu....xder karen da...hahahah.....buang tepung jerk.....bwh xmasak...nasib bk...ierang dpt mkn adunan pertama.so...aku xtepon la...kakak2 aku soh balik..pasal kek kedua xjadik...nasib bek yg pertama jadik.dapat la nenek timah aku makan....hahahahhah...nora...nora.....ish ish ish

@GUNUNGLEDANG


eeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....xbestnyer g gunung ledang arini......mula2 xmu p....tp tetiba mcm nk p.....bkn mandi pon...setakat celup kaki dalam air wat spa ikan gunung ledang...then mkn2...menyampah.....nape?maklum lerrr....masalah yg xdpt dielakkan,,,,ermmm

hanya ni jer pic yg aku ble snap...tu pon guna camera..bkn sharp pun.....erm

Saturday 6 June 2009

06.06.09

best kan tarikh tu......hmm...aku sebenarnya seram dgn tarikh2 best ni....semenya gara2 dulu-kala...byk kenangan disebabkan tarikh2 yang best ni...so...skrg aku xmu dan x akan terhegeh2 dekat tarikh2 yang best2.......never!...tp tarikh ni pada ku cantik la....06.06.09....wow..bestnya klu dpt......ermm...ramai btul org kawin tarikh ni......
tp mlm td gak..aku da wish bday org....heheh....wpon xbest aku wish gak la....ish2....tp xdapat nk tunggu kol 12...kul 11.16 mlm...mata aku da xlarat da....aku smpat baca msg dia 2x pastu....aku xtau citer lg...then terus tertdo...siannnn dia...mesti dia tg msg aku....padahal aku da tdo...ahaksss.....jahatnya aku....lantak la...mmmm...

mlm 06.06.09 gak...aku terlupa nk angkat baju siang hari....mlm kul 8.30 ble aku angkat baju...aku terpandang kat bulan......subhanallah,,,,,hanya itu je yg mampu aku ucapkan meelihat kebesaRan Allah.....aku terus naik ats umah....amik hp utk amik gambar bulan tu...very interesting la bagiku...aku ajak ank sedara aku tgk bulan.....dan aku ajar dia..ble nampak sesuatu ciptaan Allah..kene lafazkan Subhanallah...amik punya amik....xdpt plak nk dptkan bentuknya yg betl2 .....tp aku akan download kemudian yer....aku bkn aper...mmg akan ada perasaan sedikit teruja bile nampak bende2 mcmni...pasal aperr...aku mmg takut dgn hari kiamat...yaAllahhhhhh....byknye dosa aku yg belum terampun lagi.......berilah aku ruang ya Allah untuk bertaubat pada Mu.....aminn..

Friday 5 June 2009

makanan halal haram..


Salam,Hari Jumaat ini terpanggil untuk saya menulis perkara yang pentingini yakni berkenaan E-Kod Untuk Emulsifier Lemak Babi yang terdapat di dalam makanan harian kita.


DOWNLOAD EMULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT DI http://www.roslihanip.com/articles/e-codes_pig.pdf


Sahabatku yang dirahmati Allah SWT,Marilah kita sama-sama bertakwa kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya dengan melimpahkan nikmat yang tidak terkira banyaknya. Maka kita sebagai hambaNya yang beriman, wajiblah bersyukur di atas anugerah tersebut.


Mencari rezeki untuk hidup adalah satu tuntutan atau kewajipan ke atas setiap manusia, bagi memenuhi keperluan seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain, untuk diri sendiri dan orang yang dibawah tanggungjawabnya. Namun apa yang penting hendaklah rezeki yang di perolehi itu dari sumber yang halal, baik serta diberkati oleh Allah SWT.Oleh itu, dalam kita mencari rezeki samada sebagai seorang pekerja, peniaga, pengusaha dan sebagainya hendaklah mengamalkan sifat jujur dan amanah, tekun dan sabar dalam pekerjaan yang dilakukan. Apatahlagi orang yang bekerja itu bukan hanya akan mendapat hasil dari usahanya, malah akan di beri ganjaran oleh Allah SWT, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :


"Barangsiapa yang merasa penat kerana bekerja untuk mencari rezeki yang halal, nescaya terampun segala dosanya".


(Riwayat Al-Imam Al-Sayuti)


Dalam menentukan makanan dan minuman kita itu halal, kita hendaklah memastikan tiga perkara :


Pertama - makanan dan minuman kita hendaklah dari benda-benda yang dibenarkan oleh syariat Islam.


Kedua - Disediakan mengikut cara yang dituntut oleh syariat Islam.


Ketiga - Memastikan rezeki tersebut daripada sumber yang halal.


Kita hendaklah sentiasa berwaspada dan memastikan apa yang kita makan dan minum dan apa yang kita berikan kepada isteri dan anak-anak kita adalah dari sumber yang halal. Marilah kita renungkan sebuah hadis yang bermaksud :


" Seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut-masai rambutnya dan kotor pakaiannya, menadah tangan ke langit sambil berdoa : " Ya Tuhanku!, Ya Tuhanku!, tatapi makan minumnya dari yang haram. Pakaiannya dari yang haram. Bagaimanakah hendak diterima doanya?."(Riwayat Muslim)


Walaupun dia seorang musafir itu merupakan doa yang mustajab, yang tidak akan ditolak oleh Allah SW, namun akibat pemakanan dan perbelanjaan dari sumber yang haram seperti judi, perniagaan atau pelaburan berunsurkan riba' dan gharar, mencuri, menipu orang lain dan juga kerja-kerja yang bersangkutan dengan perkara yang dilarang agama, maka menyebabkan Allah SWT tidak menerima doanya.


Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad :" Sesungguhnya tidak akan masuk syurga daging yang tumbuh dari sumber yang haram, sebaliknya nerakalah tempatnya yang lebih utama.


"Sahabatku yang dimuliakan Allah SWT,Allah SWT sebenarnya telah menetapkan garis panduan bagi umat Islam dalam memilih pemakanan. Setiap apa yang ditetapkan oleh Allah SWT pastinya mempunyai hikmah dan kebaikan untuk umat manusia.Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nahl ayat 114 :


" Oleh itu, makanlah daripada apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal dan bersyukurlah akan nikmat Allah, Jika benar kamu menyambahNya semata-mata."


Allah SWT memerintahkan kita bukan sahaja memakan makanan yang halal, tetapi makanan yang baik juga. Apa yang dimaksudkan dengan baik disini adalah makanan berkhasiat dan berzat untuk kesihatan.Dalam hal ini, telah diperkatakan oleh pakar pemakanan tentang makanan yang membawa kesihatan kepada tubuh badan kita dan makanan yang membawa mudarat. Antara makanan yang sihat adalah makanan dari tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.Makanan yang membawa mudarat pula, adalah makanan yang di haramkan oleh Allah SWT.


Oleh itu Islam menggalakkan kita agar menjaga kesihatan dan Islam juga menganjurkan kita makan bukan sahaja yang halal, tetapi yang baik dan berkhasiat.Jesteru, seseorang muslim yang prihatin dan mengambil berat terhadap pemakanan perlu memastikan setiap makanan dan minuman kita adalah dari sumber yang halal dan baik serta disediakan mengikut cara yang ditetapkan syarak.Berbagai cara yang boleh kita lakukan untuk memastikan bahawa makanan kita adalah halal. Antaranya adalah dengan memastikan bahawa makanan kita adalah halal. Antaranya adalah dengan memastikan bahawa makanan tersebut bertanda halal yang sah dan diiktiraf oleh pihak berkuasa agama di Malaysia.Di samping itu juga, kita perlu membiasakan diri membaca kandungan barangan yang kita beli dan tarikh luput barang tersebut. Kita perlu tahu apa yang kita masukkan ke dalam perut kita, kerana makanan akan mempengaruhi kehidupan, perwatakan dan pemikiran kita. Bagi makanan yang sudahpun mempunyai logo halal dan yang sah dan diiktiraf, membaca kandungan makanan yang dibeli akan lebih menjadikan kita penggunan yang mempunyai kesedaran. Bukan setiap pengguna yang hanya tahu membeli sahaja. Jika kita ragu-ragu terhadap sesuatu makanan, samada ia halal atau tidak maka adalah lebih baik kita tidak memakannya. Inilah panduan Islam sepertimana sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari :" Tinggalkan apa yang mencurigakan kamu kepada apa yang tidak mencurigakan kamu. "Sabdanya lagi :" Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan yang haram itupun nyata (terang). Dan diantara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran yang tidak diketahui akannya oleh ramai manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya) dari segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. Barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran, jatuhlah ia ke dalam perkara yang haram."Ingatlah, bahawa orang yang mendapat rezeki dari sumber yang tidak halal akan membawa akibat buruk kepada dirinya seperti rezeki yang diperoleh tiada keberkatan didalamnya, hilang kepercayaaan orang ramai kepadanya, tidak akan diterima doa-doanya, akan mendapat tempat yang hina disisi Allah SWT dan dimasukkan ke dalam api neraka. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :Dari Khaula Al-Ansariah ra, ia berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :


" Bahawasanya orang yang mencampur-adukkan harta Allah dengan jalan yang tidak halal, maka mereka akan mendapat seksaan api neraka pada hari kiamat kelak."(Riwayat Al-Bukhari)(Al-Baqarah:168)


" Wahai sekalian manusia, makanlah daripada apa yang ada di muka bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu."

arini kene p school....


arini..aku kene p skul lg.....ingat nk siapkan keje...hmpeh tul....ada plak klawar melekat kt makmal comp.......seram i.....terus cabut lari...dok borak ngan gb....siapkan buku ADAB dalam bilik gb sambil layan gb tgk astro...hahhahah.......bagus tul gb tu....rajin dtg sekolah coti2 ni......sikitpon dia xtakut tentang klawar @ bende2 yg menakutkan kt skul aku tu...semangat dia kuat stakat ni..katanya la...:)

Thursday 4 June 2009

tazkirah pepagi....jumaat ni


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.


Kata Mahatma Ghandi, Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.


Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.


" Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata. saya turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.


Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu.


Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.


Kata Hamka, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.


Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut. Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA.


Alangkah misterinya cinta seorang wanita yang dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.


Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair.


Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.


Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.


Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.


Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. rasa percintaan lebih pahit dari hempedu.


Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu. Kata Raja Pedang Deir, hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.


Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada.


Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu.


Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.

art_is myfmily











art.....lahir dari jiwa yang berani dan bersemangat....




tanpa jiwa dan semangat yg berani.....seseorang itu tidak dapat melahirkan karya yang hebat......

Wednesday 3 June 2009

holiday mOOd....






holiday mood...mmg sedap ditaip.....uuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhh.....relax ckit...tp...hakikatnya...hati aku xtenteram ni......byk lagi benda yg aku kene buat.....mcm2...naik ni da kene start ngajar pkjr........nk persiapkan minda ni...tp ble dipk2.....percutian tu...penting gak......tp nk g mana ek.....n ngan saper...errmmmm...ntahlah

holiday mood"

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrghhhhhhhhhhhhh...kemana harus ku pergi....

Kepentingan Bersolah dan jangan meninggalkannya. Kenapa?


sesetengah ulama berkata bahawa terdapat dalam hadith, sesiapa yang menjaga solahnya maka Allah swt akan mengurniakan lima keistimewaan.


Pertama, akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya.


Kedua, akan dihindarkan daripada azab kubur.


Ketiga, dia akan menerima buku catatan amalnya melalui tangan kanan.


Keempat, akan melintasi titian sirat sepantas kilat, dan,


Kelima, akan memasukki syurga tanpa hisab.


Cukup hebat sekali kepada sesiapa yang dapat menjaga solahnya secara sempurna disisi Allah swt. Ganjarannya cukup lumayan, bukan setakat ganjaran di akhirat sahaja tetapi di dunia dan di alam kubur juga.TAPI sesiapa yang meringan-ringankan solah, Allah swt akan menyeksannya dengan lima belas seksaan. Astagfirullah.


Awas kita!Yang mana akan terbahagi kepada beberapa bahagian. Lima seksaan di dunia ini, tiga seksaan ketika meniggal dunia, tiga seksaan di dalam kubur dan tiga seksaan semasa dibangkitkan dari kubur.


Seksaan semasa di dunia ialah:Pertama, dicabut keberkatan umurnya.Kedua, dihapuskan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya.Keitga, Allah swt tidak mengganjari setiap amalan yang dilakukan olehnya.Keempat, doanya tidak akan diangkat ke langit (doanya tidak akan diterima).Kelima, dia tidak akan mendapat bahagian dalam doa orang soleh.


Seksaan yang menimpanya ketika mati ialah:Pertama, dia akan mati dalam keadaan hina.Kedua, dia akan mati dalam keadaan lapar, dan,Ketiga, dia akan mati dalam keadaan dahaga, sehingga jika dia diberi minum air sebanyak lautan di dunia pun tidak akan dapat menghilangkan hausnya.


Seksaan yang akan menimpanya ketika di dalam kubur ialah:Pertama, kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuknya berceragah antara satu sama lain.Kedua, api akan dinyalakan di dalam kuburnya, dan dia akan dibalik-balikkan di atas bara api siang dan malam, dan,Ketiga, seekor ular yang besar bernama Ashsyuja'ul-Aqra' akan dilepaskanke atasnya. Kedua-dua mata ular itu dibuat daripada api dna kuku ular itu dibuat daripada besi. Panjang setiap kuku ular itu sejauh satu hari perjalanan.


Ular tersebut akan berkata dengan suara yang gemuruh seumpama petir, "Aku Ashsyuja'ul-Aqra', Aku diperintah oleh Tuhanku supaya memukul kamu kerana kamu meninggalkan solah subuh sehingga naik matahari, kerana meninggalkan solah zohor hingga 'asr, kerana meninggalkan solah 'asr hingga maghrib, kerana meninggalkan solah maghrib hingga isyak, kerana meniggalkan solah isyak hingga subuh". Setiap kali ular itu memukulnya, dia akan terbenam ke dalam bumi sejauh 70 hasta.


Dia akan diazab berterusan di dalam kubur sehingga hari kiamat. Manakala seksaan yang menimpanya ketika dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat di padang mahsyar ialah:


Pertama, penghisabannya amat berat.


Kedua, dia dimurkai Allah swt, dan,


Ketiga, dia akan dimasukkan ke dalam nerakaDalam satu riwayat yang lain disebut bahawa mereka yang melalaikan solah, pada hari kiamat akan datanag dalam keadaan pada muka mereka tertulis tiga baris tulisan.


Pertama, wahai orang yang mensia-siakan hak Allah swt.Kedua, wahai orang yang pasti mendapat kemurkaan Allah swt, dan, Ketiga, sebagaimana kamu di dunia mensia-siakan hak Allah swt, kini putuslah harapan kamu daripada rahmat Allah swt.Gerun bila mendengar hadith ini dan oleh itu marilah sama-sama kita menghayati hadith ini dan beramal dengannya insyaallah. Dan berdoa agar Allah memelihara kita, memberikan kita kekuatan untuk menerima kita diantara mereka-mereka yang dikurniakan lima keistimewaan seperti yang disebutkan diatas.Kita sampai-sampaikan hadith ini kepada semua keluarga dan rakan-rakan kita supaya mereka juga dapat beramal melaluinya, insyaAllah.Waallahua'alam.