
Saturday, 28 November 2009
qurban 1430H

Posted by cikNora at 19:19 0 comments
Thursday, 12 November 2009
minggu2 akhir di sekolah......


Posted by cikNora at 07:01 0 comments
Monday, 12 October 2009
cukuplah Allah bagiku....
hmmmmmm.....lamanyer xmenaip kt blog ni....mcm xberkesempatan plak...
malam ni..aku nk cter psl betapa cinta itu akan lahir sejatinya ..hehhe
Betapa indahnya jika setiap hari semakin mengenaliMU dan kalamMu... Semakin mengenali Kekasih-Mu membuatkan diri ini serik berada dalam kelalaian...
Kelalaian dahulu membuat aku terasa dan terkenang kisah lamaku.....ermmm
Ya Allah...jika aku ditakdirkan jatuh cinta.....
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu....."
Tika mataDiuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta
Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya.............
Posted by cikNora at 07:44 0 comments
Sunday, 23 August 2009
Alhamdulillah...
hari ni masuk 2 hari umat Islam berpuasa......dan hari ketiga aku dapat menunaikan solat Tarawikh...
Malam ni gak...aku rasa syahdu sangat pada suara pak Imam ms wt tarawikh...erm....rasa sayu sangat....suara nye wat aku xmengantuk langsung wt tarawikh......ermmm...rs mcm sedih sgt tahun ni...bila mana 2 org jemaah pmpuan yg sama2 satu saf dengan aku...dah kembali ke rahmatullah....innalillahiwainnailaihirrojiun...
aku berdaya buat 23 rakaat...ermmmm
aku pegi ngan mak arini....kops xp..igt dia xmu p...upenye aku xdengar ddia suh tunggu....
so...jalan lerrr ngan mak..p masjid tanjung...selama ni...aku xlarat dengan bacaan surah yang panjang2...tp alhamdulillah..mlm ni aku selamat wat 23 rakaat.....bestnyerrrrrrrrrrrr
xtau la...tahun depan aku dapat sambut lagi ker x...puasa...
mana tau..Tuhan amik aku tahun depan.....xmerasa la...lagi aku berdiri di saf -saf...erm
rsnyer tu je kot utk arini...sj nk kongsi..bahaw aku sangat gumbira menunaikan solat tarawikh malam ke 3 ni.....alhamdulillah.....
Posted by cikNora at 08:16 0 comments
Saturday, 22 August 2009
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...
Ramadhan menjelma lagi........penantian kini menjadi....
hehehhe...
salammmmmmmmmmmmm ramadhan kepada semua.......
arini 1 syawal....ooooooooooopsssssssss 1 ramdhan 1430H...
Hari pertama umat Islam di mesia ni berpuasa...
alhamdulillah...setakat ni aku masih lg dalm zon selesa....
aku haraaaaaaaapppp sangat......
yang aku dapat berpuasa dengan penuh tawadhuk tahun ni....
aku suke sangt..sbb impian aku nk beli AlQuran tajwid+tafsir dapat dipenuhi..
aku berjanji..insyaAllah dengan izin Allah...aku dapat menghabiskan 30 juzuk dalam ramadhan kali ini........aminnnnnnnnnnnnn
tata............................
Posted by cikNora at 01:31 0 comments
Monday, 17 August 2009
LELAKI Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN? Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "
Hikmah sujud -
Sujud lega sistem pernafasan
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh: -
membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. - membetulkan pundi peranakan yang jatuh. -
melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
D ari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,
mudah-mudahan ingat,
walau lambat-lambat
mudah-mudahan selalu,
walau sambil lalu mudah-mudahan
AMIN. Surah Al-Munaafiquun : Ayat : 9
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi.
Ayat : 11 Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.
Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan
JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT , ia adalah WAJIB :
Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!
Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib? Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.
Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).
Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka.
Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.
Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.... Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...
Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.
Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.
Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan saya yang nyata.
Posted by cikNora at 05:44 0 comments
Monday, 10 August 2009
perlukah aku........
perlukah aku mengundur diri...erm...tp sampai ble?????????????aku asyik dengan sikapku yg suka mengundur diri........ish ish ish....bagi peluang kat org lain...:(
tibe2 hati aku terpanggil utk tulis blog arini....
minggu ni bdk2 sekolah sibuk untuk menghadapi trial-upsr...
guru besar panggil aku dan berbincang meminta aku menjadi ketua pengawas UPSR nanti..next week la....erm...aku xkisah bab keje i...walaupon penat...aku sanggup all out....dan aku xkan mengundur diri bab pekeerjaan ni...
tapi...
ble bab percintaan dan kasih sayang ni...sejak azali...aku suker sangat mengundur diri...setelah penat aku berusaha...utk membuka pintu hatiku......aku akan mengundur diri jika ada yang mencelah.....dah banyak da..yang berlaku....mmmmmmmmmm....
mungkin xder jodoh...tapi hari ni...aku terfikir yang aku seringkali mengundur diri bab ni...asal ada org mencelah jer....aku tarik diri...ego ker aku ni......!!!!!......
Ya Allah...sampai ble jodoh aku akan melekat jika aku asyik dengan sikapku yang suke mengundur diri...mungkin aku terasa yang aku ni xcntik...xpandai....dan x segala-galanya la....setiap tahun...ianya berlaku dekat diriku....erm...expect last year....
kt mane2 la....ker......aku yg syok sendiri.....semlm kwn aku telefon aku..erm...kwn yg pernah melamar diriku...skrg dia da kawen dan mempunyai seorg ank...ms dia nk lamar aku...aku tolak sbb dia telalu puih utkku....utk tak mengecewakan dia..aku pas dia kt member aku...maybe ms tu aku lom terpk utk kawen...tp nmpak usaha dia utk memperisterikan aku...jahat aku kan....:(
actually dia mmg serius nk berkawan dgnku...tp ms tu...aku x terpikir seme ni...ble dia tepon smlm..aku sedih sgt...mengalir airmata aku...erm...senang citer xder jodoh antara kami....erm..
igt lagi..ms di tmpt aku blajar...setiap mlm aku dpt panggilan dr org yg x aku kenali..memerhati aku dari jauh...berusaha utk berkawan dgn aku...tp aku tolak sb dlm ms yg sama kwn baik aku meminatinya....dah kawen da dierang...dtg lagi sorg usha aku melalui kwn aku...tp aku tolak jugak...sbb target ku ms tu hanya utk blajar.......erm...tolak lagi...hahaha
blaja tmpat lain...aku meminati seseorg yg muda dari ku....asalnya bergaduh..tp lama2 suker plak...ble dah ada perasaan tu...dtg plak org lain...aku xble tgk org yg aku syg berdamping dgn org lain..akhirnya kami berpisah...erm....xdr jodoh..hadiah2 yg diberi hanya tinggal kenangan ajer....dlm kotak.
kt opis dulu..pon sama...dilamar oleh seseorg...tp akhirnya kami berpisah jua....uwaaaaaaaaaa sedey nyerrrrrrrrrrrr...........yg teramat...da kering airmata dah.....tapi...Allah lebih menyanyangi ak.....yang menghendakki segala yang baik utk kehidupanku....tiada jodoh antara kami.....
kini....aku mula menyanyangi seseorg.....
klu boleh setiap mlm ingn ku dgr sorenya.....tp?????????????????????????????????erm.......xtau la nk ckp...adakah aku perlu megundur diri sekali lagi........................atau aku melwan sikap aku itu???????????????????????????plssssssss
Posted by cikNora at 04:55 0 comments
